PEMAIN Manchester United, Chris Smalling bersaing dengan pemain Arsenal, Olivier Giroud. FOTO Reuters
PEMAIN Manchester United, Ander Herrera (kiri) menjaringkan gol pertama perlawanan menentang Arsenal di Old Trafford. FOTO EPA
CUBAAN Theo Walcott terkena Tyler Blackett untuk gol penyamaan Arsena. FOTO Reuters

Manchester (England): Gol sendiri Tyler Blackett pada lewat perlawanan menjejaskan impian Manchester United untuk menyambar slot automatik ke saingan Liga Juara- Juara apabila sekadar seri 1-1 dengan Arsenal di Old Trafford, malam tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan menerusi Ander Herrera yang menyambar bola hantaran lintang Ashley Young pada minit ke-30.

Namun skuad kendalian Arsene Wenger menyamakan kedudukan pada minit ke-82 apabila cubaan Theo Walcott terkena Blackett dan menewaskan penjaga gol simpanan United, Victor Valdes.

Valdes menggantikan David de Gea yang terpaksa keluar akibat kecederaan pada separuh masa kedua.

Keputusan ini memastikan Arsenal dua mata di depan United di tempat ketiga Liga sekaligus akan layak ke Liga Juara-Juara secara automatik jika dapat menewaskan Sunderland di laman sendiri pada Rabu ini.

Sementara itu, kekalahan Liverpool kepada Crystal Palace Sabtu lalu, memastikan United sekurang-kurangnya bakal beraksi pada saingan play off, hujung Ogos ini.

Namun, United dapat mengelak pusingan play off jika menang menentang Hull pada saingan terakhir serta mengharapkan Arsenal tewas dua perlawanan terakhir di laman sendiri. - AFP

Keputusan perlawanan lain

Swansea 2-4 Manchester City

- Yaya Toure (m-21, 74)

- James Milner (m-36)

- Gylfi Sigursson (m-45)

- Bafetimbi Gomis (m-64)

- Wilfried Bony (m-90)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 1:56 AM