Foto BB King yang dirakam pada 27 Ogos 2008, ketika satu temubual di Los Angeles. FOTO AP

Las Vegas: Penyanyi dan pemain gitar blues legenda, BB King meninggal dunia dalam tidur di Las Vegas, Amerika Syarikat, dalam usia 89 tahun malam tadi.

Keadaan kesihatan Raja Blues yang nama sebenarnya Riley B King itu tidak menentu sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di hospital akibat masalah kencing manis, baru-baru ini.

King yang popular dengan lagu Lucille, Sweet Black Angel dan Rock Me Baby menjadi inspirasi kepada beberapa generasi pemuzik terkenal dan pernah bekerjasama dengan Eric Clapton dan U2.

Beliau yang dilahirkan di Mississippi pada 1925 pernah dilabelkan sebagai antara pemain gitar terbaik sepanjang zaman. Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 3:39 PM