Pondok tol di Plaza Tol Behrang dirempuh lori. FOTO Rosman Shamsudin
Oleh Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my

Behrang : Empat cedera selepas sebuah lori merempuh pondok tol di Plaza Tol Behrang, di sini, 5.33 petang tadi.

Menurut saksi kejadian, mereka yang cedera adalah jurutol bertugas, dua kelindan dan pemandu lori terbabit.

Katanya, jurutol itu dikatakan cedera di kaki akibat tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berhampiran oleh orang ramai untuk dirawat.

"Dua kelindan lori dan pemandu lori cedera diberapa anggota badan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.33 petang sebelum ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba anggota bomba mendapati seorang pemandu lori tersepit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan alat keselamatan dan diserahkan kepada pasukan paramedik untuk dibawa ke hospital berhampiran,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 9:19 PM