ARIL sudah bersedia untuk membuat kemunculan lebih segar sebagai penyanyi.
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@mediaprima.com.my


Bermula sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia 7 (AF), Khairil Azam Pilus, 29, atau Aril kemudian membina namanya sebagai pengacara dan penyampai radio.

Bagaimanapun, demi me­ngejar kembali impiannya sebagai penyanyi, Aril terpaksa melepaskan kerjaya yang semakin menaikkan namanya itu.

Mengakui ia satu keputusan yang berat, namun Aril tiada pilihan sekiranya dia mahu melihat kerjaya nyanyiannya melangkah lebih jauh.

"Walaupun karier saya sebagai penyanyi kurang me­nyerlah, minat terhadap bidang itu tidak pernah padam.

"Dalam kesibukan menggalas komitmen sebagai pengacara dan penyampai radio, undangan nyanyian tetap saya penuhi. Kebelakangan ini bertambah kerap menggesa saya membuat pilihan antara nyanyian dan kerjaya sebagai penyampai radio.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:00 AM