DARAH berlumuran pada bas yang diserang di Karachi menyebabkan 43 pengikut Syiah terbunuh. - Foto AFP

KARACHI: Kumpulan Negara Islam atau IS di Syria dan Iraq mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terhadap sebuah bas di sini, hari ini. menyebabkan 43 puak Syiah terbunuh.

“Syukur kepada Tuhan, 43 murtad dibunuh dan kira-kira 30 lagi cedera dalam serangan oleh tentera Negara Islam di atas bas membawa suku kaum Shiah Ismaili di Karachi,” kata kenyataan kumpulan itu melalui Twitter.

Ia pengakuan pertama oleh IS terhadap serangan itu. Sebelum ini, kumpulan serpihan Taliban Pakistan dikenali sebagai Jundullah, mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu bagi pihak IS. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 10:18 PM