ANGGOTA pasukan keselamatan Pakistan berkawal di luar hospital yang menempatkan mangsa cedera dalam serangan terhadap sebuah bas membunuh 43 orang. - Foto EPA

KARACHI: Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah bas di sini, menyebabkan 43 terbunuh tengah hari tadi (waktu Malaysia).

Siaran televisyen Pakistan menunjukkan bas berkenaan dipenuhi lubang peluru serta barisan panjang ambulans di tempat kejadian.

Menurut polis, enam lelaki melakukan serangan itu dan ada yang menaiki bas membawa penduduk minoriti Syiah di Pakistan serta melepaskan tembakan.

Satu kumpulan Taliban Pakistan yang menggelarkan diri mereka Jundullah mengaku bertanggungjawab.

Menurut polis, 43 terbunuh dan 13 cedera dalam serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 4:13 PM