MIMI merahsiakan tarikh pernikahan yang akan akan diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penyanyi One Nation Emcees, Mimi, 27, bakal menikahi pensyarah kolej swasta hujung bulan ini.

Bagaimanapun, penyanyi ini merahsiakan tarikh pernikahan mereka dan ia akan diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga terutama bapanya yang kurang sihat.

Majlis persandingan Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham dengan bakal suaminya yang hanya dikenali sebagai Firdaus, 29, pula akan diadakan pada 7 November ini.

"Kami sudah kenal sejak kecil lagi dan mula serius menjalin hubungan sejak tiga tahun lalu.

"Saya amat tertarik dengannya kerana dialah lelaki yang tegas dan boleh membimbing saya dengan baik. Selain itu, kami juga sangat terbuka sekali gus menjadikan hubungan itu lebih istimewa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 6:22 PM