MAYAT mangsa yang ditemui do Pantai Irama. FOTO ihsan Polis
Oleh Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my

Bachok: Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung dalam satu kejadian di Pantai Irama, Bachok, 7.48 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkiflee Mahmood, 43, dari Taman Bentara Kiri, Jalan Hospital, Kota Bharu.

Katanya,mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi balai polis.

"Hasil pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati tiada kesan kecederaan dan unsur-unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Abdul Hamid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklafikasikan sebagai mati lemas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 12:26 PM