Salman Khan yang sedang menunggu rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun terhadapnya selepas didapati bersalah dalam satu kejadian langgar lari pada 2002 kini sedang berehat di kediamannya di Bandra.

Menurut sumber, dia kelihatan santai banglonya sambil menghirup kopi serta berbual dengan beberapa orang.

Dia juga bermain dengan binatang peliharaannya sebelum keluar dari kediamannya sambil melambai-lambai kepada peminat yang sentiasa berkumpul di luar kediamannya itu.

Sebelum itu, menurut BBC, hakim DW Deshpande menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Salman di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Salman menangis sebaik saja hakim menjatuhkan hukuman.

Dalam satu perbicaraan Mac lalu, Salman mengatakan kereta itu dipandu pemandu peribadi dan beliau tidak mabuk seperti yang didakwa.

Kenyataan Salman bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan seorang saksi utama kes berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 11:47 AM