Pengurus Al Faris Herbs, Ahmad Faris Shuib Saedin menunjukkan jus Sari Daun Betik ketika Majlis Pelancaran Sari Daun Betik di Safira Country Club, Seberang Jaya, hari ini. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Azman Razana Johari
am@hmetro.com.my


Seberang Jaya: Syarikat pengeluar produk kesihatan Al Faris Herbs memperkenalkan minuman dari sari daun betik bagi membantu merawat demam denggi.

Penasihat syarikat itu, Datuk Dr Shuib Saedin berkata, minuman itu adalah alternatif kepada perubatan moden dalam merawat pesakit demam denggi.

"Sari daun betik digunakan berikutan fungsinya yang mampu membantu meningkatkan jumlah platlet darah dalam badan pesakit.

"Ia juga mampu membantu mengurangkan tanda-tanda demam denggi," katanya selepas melancarkan produk berkenaan di sini, hari ini.

Shuib berkata, pihaknya mengambil masa selama tiga bulan untuk menghasilkan penawar berkenaan yang dicampur jus kurma bagi mengurangkan rasa pahit sari daun betik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 1:49 PM