KANGAR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda RM2,000 selepas didapati bersalah menumbuk seorang lelaki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan di Mahkamah Majistret Kangar di sini, tadi.

Tertuduh Fauzi Yusoff,39, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dari tarikh hukuman dan denda RM2,000 selepas di dapati bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Berdasarkan Seksyen berkenaan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau denda RM2,000 atau

Berdasarkan fakta kes, Fauzi pada 8 September 2012 kira-kira jam 9.15 pagi di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Mat Hassan dengan menumbuk bahagaian hujung mata kiri mangsa.

Majistret Norhayati Ibrahim melalui penghakimannya memberitahu bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Norhayati berkata, pihak pembelaan yang mengemukakan keterangan bahawa tertuduh cuba membela diri selepas diprovokasi juga tidak memenuhi pra syarat bagi tujuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 11:55 AM