Oleh Mohd Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Suspek yang terbabit dalam kejadian tetak adiknya sehingga maut dan menyebabkan isteri mangsa cedera parah di Kampung Jawa, di sini, Selasa lalu, ditahan polis awal pagi tadi.

Dalam serbuan di sebuah premis di Kamunting, Taiping, Perak, kira-kira 2 pagi itu, suspek berusia 39 tahun ditahan bersama isterinya yang dipercayai turut dibawa lari untuk mengelak ditahan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai yang memaklumkan lokasi suspek.

"Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan di sebuah premis dan menahan mangsa.

"Supek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Isteri suspek turut direman," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah di Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36, dekat sini, mangsa yang berusia 37 tahun maut ditetak di kepala, tangan, peha dan belakang telinga kanan.

Isteri mangsa turut cedera selepas ditetak dileher.

Berita sebelum ini > http://www.hmetro.com.my/node/48787

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 5:26 PM