Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


Sejak mula dikenali di dunia maya MySpace pada 2006, Yuna, 29, sinonim dengan genre alternatif, indie pop, folk rock dan akustik.

Imej gadis turban bersama gitar akustik cukup dekat dengan Yuna dan tidak keterlaluan jika mengatakan Yuna seorang ‘trend-setter’ bagi imej sedemikian.

Malah, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini pernah menjelaskan muziknya adalah gabungan daripada Coldplay dan Mary Poppins.

Lagu-lagu popularnya seperti Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang dan Lelaki antara yang menampilkan genre sedemikian.

Namun, terdengar khabar angin yang mengatakan sejak berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), arah muzik penyanyi bernama sebenar Yunalis Zarai ini bertukar 360 darjah apabila dia mula cenderung kepada dance music.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 7:14 AM