GAMBAR kenangan, Rosshida Abdullah, 30, (dua dari kiri) yang ditemui mati di belukar bawah jambatan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Pasir Mas: "Makcik tidak tahu apa yang terjadi di antara anak dengan tunangnya itu, tetapi berharap orang yang bersalah menerima hukuman setimpal." kata ibu Rosshida Abdullah, Salamah Hamid, 61.

Salamah berkata, jenazah anaknya itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan dijangka sampai 10 malam ini.

Mengulas lanjut berhubung penahanan tunang Rosshida, Salamah berkata, dia menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

Jenazah Rosshida akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulau, Kampung Repek di sini, malam ini.

Mayat Rosshida ditemui di dalam belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti, Cyberjaya semalam, sebelum suspek dipercayai tunangnya mencampakkan mangsa ke dalam belukar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 3:50 PM