KETUA Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin menunjukkan dadah yang dirampas.
Oleh Aizat Sharif

Kangar: Dua nelayan tempatan ditahan dan sejumlah dadah bernilai RM51,000 dirampas dalam satu serbuan polis di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pada Selasa lalu.

Dalam serbuan yang dilakukan pada 11.50 pagi itu, suspek yang berusia 26 dan 32 tahun itu sedang sibuk membungkus beberapa peket mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum di rumah tidak bernombor di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin memberitahu, berdasarkan maklumat orang ramai, kedua-dua suspek itu dipercayai sudah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan Kuala Perlis dan sempadan Thailand hampir tiga bulan.

"€œKita turut menemui satu peket plastik kecil dipercaai heroin, satu ketulan mampat disyaki daun kering jenis ganja, satu peket kecil termasuk tiga keratan tiub jenis syabu dan 50 botol ubat batuk, dalam rumah itu,"€ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, disini, pagi tadi.

Pihaknya turut merampas wang tunai bernilai RM18,000 dan matawang Thailand berjumlah 30,000 Baht (RM3,000) dan juga kereta Honda Civic milik suspek.

Kedua-dua suspek kini sedang direman sehingga 12 Mei ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 1:10 PM
Skip this ad x