Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang diluluskan Dewan Negeri pada 14 Jun tahun lalu dan menitahkan supaya ia dikaji semula.

Baginda bertitah, ia berikutan rang undang-undang berkenaan dipinda mengikut desakan orang luar.

"Ianya dipinda orang luar yang cetek akal yang tidak faham berkaitan kuasa raja di dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor.

"Sekiranya rang undang-undang terbabit saya luluskan, ia akan menjadi tidak selaras dengan beberapa enakmen-enakmen lain yang digunapakai sebelum ini tanpa ada masalah seperti enakmen Perbadanan Johor 1968.

"Saya berharap ahli dewan mengkaji semula rang undang-undang terbabit dan membuat pindaan supaya selaras dengan enakmen-enakmen lain yang berkuatkuasa di negeri Johor," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 11:22 AM