Oleh Mary Victoria Dass
Maryvictoria@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim berharap hubungan diplomatik antara kerajaan negeri dan kerajaan Brunei dapat dijalin dengan lebih erat pada masa depan.

Baginda bertitah, ia dapat diteruskan menerusi program pertukaran dan pinjaman pegawai antara kedua-dua kerajaan itu sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Baginda bertitah demikian pada Seminar Tokoh Antarabangsa, Pehin Datuk Seri Utama Dr Ismail Omar Abdul Aziz sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, sebentar tadi.

Seminar anjuran kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan Brunei Darussalam itu bagi mendalami jasa dan sumbangan Allahyarham Pehin, seorang anak jati Johor yang berkhidmat sebagai Mufti pertama Negara Brunei dari 1962 hingga 1965. 

Seminar berkenaan juga menjadi suatu pengiktirafan kepada tokoh ulama Johor dan Nusantara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 11:42 AM