Kuala Kangsar: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke Balairung Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar di sini, 11.10 pagi ini.

Turut diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris sert Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta pengiring-pengiring DiRaja bagi istiadat tabal adat.

Istiadat bermula dengan perarakan masuk jejawat membawa masuk lembing dan payung kerajaan ke dalam Balairong Seri di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 11:20 AM