WILLIAM dan Kate bersama Puteri Charlotte. FOTO EPA

London: Jurucakap diraja mengumumkan nama puteri terbaru Britain sebagai Charlotte Elizabeth Diana.

Puteri berkenaan adalah anak kedua Putera William dan isterinya, Kate, Duchess of Cambridge.

Charlotte adalah cicit kelima Ratu Elizabeth II dan yang keempat dalam senarai takhta selepas datuknya Charles, bapa William dan abang George.

William dan Kate memperkenalkan puteri mereka kepada dunia Sabtu lalu, 12 jam selepas dimasukkan ke Hospital St Mary di London untuk bersalin. Charlotte dilahirkan seberat 3.7 kilogram. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 10:52 PM