SEBAHAGIAN penuntut dan pegawai bergambar di hadapan bangunan kaunsel agama Kemboja.
MERASAI suasana di dalam asrama sekolah.
Oleh Fauzi Rahim Mustafa
rencana@hmetro.com.my


Seramai 25 siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang menabur bakti di Sekolah Agama al-Nikmah, Kampung Charnkorm, Kemboja, baru-baru ini.

Program khidmat masyarakat itu dianjurkan Majlis Pimpinan Pelajar dengan kerjasama Kesatria UiTM itu bertujuan meninjau dan menambah baik sistem pembelajaran terpilih di sekolah berkenaan, selain menyampaikan sumbangan universiti bagi pembangunan pendidikan di sana.

Penuntut turut berpeluang beramah mesra dengan pelajar Kemboja melalui acara sukaneka, program anak angkat serta penyerahan bantuan kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 1:23 PM