PUTERA William (kanan) dan Kate bersama anak perempuan mereka di luar Hospital St Mary's, London. FOTO AFP
Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera William dan isteri Kate Middleton atas kelahiran anak kedua pasangan diraja Britain itu semalam.

"Tahniah buat Duke dan Duchess of Cambridge atas kelahiran anak perempuan mereka," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitter miliknya, hari ini.

Bayi seberat 3.7 kilogram (kg) itu dilahirkan pada 8.34 pagi (waktu Britain) semalam, menjadikannya pewaris keempat takhta diraja Britain.

Pasangan berkenaan tampil di khalayak umum buat pertama kali bersama bayi kedua yang belum diberi nama itu di hadapan St Mary's Hospital, London untuk berangkat pulang ke Kensington Palace.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 1:45 PM