SALHAH menunjukkan gulungan Swiss daging yang mudah disediakan.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

Jika setiap hari menikmati masakan serupa, tentu menjemukan biarpun makanan dihidangkan itu lazat.

Sesekali menu baru pasti menaikkan selera dan menceriakan suasana di meja makan, apatah lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Memasak setiap hari untuk suami dan anak kadangkala membuatkan seseorang buntu mencari mencari menu baru yang disukai setiap ahli keluarga.

Berikut disediakan resipi enak daripada pengusaha perniagaan kek dan bakeri MySal Bakery, Salhah Bujang.

Resipi berkenaan, gulungan swiss daging, bukan saja enak, tetapi mudah disediakan. Salhah menyediakannya ketika hadir pada majlis Kelab Cinta Ketuhar Buttercup baru-baru ini. Ikuti langkah yang dipaparkan untuk menceriakan waktu makan anda sekeluarga.

Cara menggulung kek:

-Apabila kek sudah sejuk, keluarkan dari loyang. Ratakan inti daging yang sudah sejuk dan taburkan keju parut. Gulungkan kek dengan kemas.

-Simpan dalam perti sejuk, potong dan hidangkan.

GULUNGAN SWISS DAGING

Bahan kek:

-100 gram mentega

-100 gram tepung gandum

-200 ml susu cair

-4 biji telur

-50 gram daging cincang

-Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:

-Campurkan mentega, tepung gandum dan susu cair. Masak hingga sebati.

-Kacau adunan yang dimasak sehingga rata.

-Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau.

-Masukkan daging cincang dan daun bawang. Pukul sehingga semuanya sebati.

-Sediakan loyang kek gulung. Ratakan adunan dan bakar sehingga masak.

Bahan inti:

-200 gram daging cincang

-200 ml susu cair

-2 sudu besar tepung gandum

-1 tin kecil kacang pis

-1/2 cawan lobak merah dipotong dadu

-1 sudu teh serbuk lada hitam

-Sedikit daun bawang

-2 ulas bawang putih dicincang

-200 gram keju parut

Cara penyediaan:

-Panaskan 150 gram mentega. Tumis bawang putih dan masukkan daging cincang diikuti bahan lain. Masak hingga pekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:03 AM