DIPERBUAT daripada material yang lembut dan tidak mudah berkedut.
CANTIK digayakan dengan pelbagai fesyen atau cara dikehendaki.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Saiz tudung atau selendang yang digayakan sering menjadi antara masalah yang dialami kebanyakan Muslimah yang mahu kelihatan cantik dan pada masa sama menutup aurat dengan sempurna terutama pada bahagian dada.

Bagi membantu Muslimah terutamanya yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa, Jolis Scarves tampil dengan koleksi selendang terbarunya yang direka khusus untuk menangani masalah itu.

Pengasas Jolie Scarves Nabila Sabrina Mohamad berkata, koleksi selendang lebar dihasilkan menggunakan material sifon lembut yang mudah digayakan dan dibentuk dengan pelbagai cara mengikut kehendak pemakai.

“Selendang ini tidak mudah kusut dan nampak terletak ketika digayakan serta pastinya mempunyai saiz yang dapat menutupi bahagian dada walaupun selepas dililit dengan gaya pilihan.

“Ia didatangkan dalam 15 warna pilihan menarik untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai,” ujarnya.

Nabila berkata, soal harga juga tidak menjadi masalah kerana koleksi ini dijual dengan harga mampu milik dan tidak membebankan iaitu hanya RM30 sehelai.

“Sambutan yang diterima sehingga kini amat menggalakkan kerana rata-rata pelanggan memuji saiz dan materialnya yang mudah dililit dan digayakan.

“Koleksi ini juga kini menjadi trend kepada wanita dan remaja bertudung kerana ia memberikan hasil yang cantik dan yang paling utama saiznya yang tidak terlalu pendek juga tidak terlalu labuh,” katanya yang menjalankan perniagaan secara atas talian.

Menurut Nabila, pihak­nya juga berpuas hati kerana penghasilan selendang terbaru itu dapat membantu menyelesaikan masalah dialami kebanyakan Muslimah yang mahu berfesyen dan menutup aurat dengan sempurna.

“Selendang ini juga tidak perlu digosok berulang kali kerana material yang digunakan itu tidak mudah berkedut,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi selendang Jolie Scarves, layari laman sosial Facebook https://www.facebook.com/joliebytreschic dan Instagram @joliescarves.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 12:19 PM