Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh : Seorang penyelia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan penyelewangan wang syarikat bernilai lebih RM2 juta.

Tertuduh K Jayabalan, 46, didakwa melakukan penyelewengan dengan menjual barangan milik Mydin Mohamed Holdings Berhad cawangan Manjoi, di sini pada Februari hingga 5 Julai lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nadiah Isa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapi serta minta dibicarakan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan 24 November ini tarikh sebutan semula kes.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 14 tahun dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 September 2014 @ 11:46 AM