Buku mengenai Malala yang dijual di kedai buku di Islamabad, Pakistan. FOTO AP

Mingora (Pakistan): Sepuluh lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di mahkamah di sini, hari ini selepas didapati bersalah cuba membunuh pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan aktivis masyarakat, Malala Yousafzai pada Oktober 2012.

Dalam kejadian itu, Malala yang kini berusia 17 tahun ditembak di kepala oleh militan Taliban di dalam bas sekolah kerana keberaniannya mengutarakan pandangan mengenai pendidikan wanita.

Bagaimanapun, umurnya panjang dan pada Oktober tahun lalu, beliau menjadi penerima termuda Hadiah Nobel Keamanan di atas usahanya memperjuangkan hak kanak-kanak untuk bersekolah.

Suspek utama yang menembak remaja itu, Ataullah Khan kini masih bebas dan dipercayai bersembunyi di Afghanistan bersama Ketua Taliban Pakistan Mullah Fazlullah yang mengarahkan pembunuhan itu.

Sebelum ini, tentera Pakistan mengumumkan penahanan 10 lelaki berkenaan pada September 2014 menerusi operasi khas membaitkan tentera, polis dan agensi risikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 9:42 PM