Dalam pada BigBang kini lega apabila ‘comeback’ mereka akhirnya dilaksanakan, jelas buat ketua kumpulan G-Dragon nampaknya masih ada kerisauan yang terpendam.

Perkara itu diakuinya sewaktu mengadakan konsert mereka di Seoul, baru-baru ini di mana dia mengatakan prestasi dirinya merosot, padahal karier solonya agak berjaya tidak lama dulu.

“Saya memang dapat buat dengan baik. Akhirnya tahun lalu saya dapat melancarkan album solo saya, malah dapat kekuatan membuat persembahan kerana sokongan serta semangat yang peminat berikan,” katanya.

Walaupun tahun berkenaan benar-benar melonjakkan namanya, namun dia sebenarnya merasakan dia mengalami kemerosotan.

“Kemerosotan itu bukan kemerosotan yang biasa di mana saya terlalu risau memikirkannya. Apa lagi BigBang semakin besar dan peminat semakin ramai. Tekanan itu luar biasa, apa lagi sudah lama kami tidak keluar dengan album baru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 11:30 AM