Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Dia hanyalah gadis biasa yang menjadikan bidang nyanyian sebagai minat dan hobi. Sejak berusia 11 tahun lagi penyanyi dari Indonesia, Cita Citata mula bergiat aktif menyanyi di majlis kenduri kahwin, hotel dan kafe.

Sama seperti orang lain, Cita menyanyikan apa juga genre muzik asalkan sedap didengar oleh semua. Pernah menyanyikan lagu berentak jazz, gadis berusia 21 tahun ini begitu meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Lapan bulan lalu, penama sebenar Cita Rahayu ini tampil dengan lagu berjudul Sakitnya Tuh Di Sini bergenrekan dangdut moden.

Tidak menyangka dengan sambutan yang diterima, nama Cita mula meniti di bibir peminat tidak hanya di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura dia sudah dikenali hanya kerana lagu berkenaan yang menjadi viral di laman sosial sehinggakan ia menjadi parodi paling banyak setakat ini.

Malah difahamkan lebih 50 juta tontonan di YouTube setakat ini dan menyebabkan album CD dan VCD Cita berjudul Sakitnya Tuh Di Sini (STD) menjadi album pertama yang berjaya meraih kutipan paling tinggi untuk tahun ini iaitu sebanyak 40,000 keping.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 6:53 AM