ACER XR341CKA

Acer memperkenalkan monitor lengkung pertama menerusi model XR341CKA untuk pengguna yang minat bermain game bagi membolehkan pengalaman yang lebih imersif.

Selain pengalaman yang lebih imersif, setiap inci paparan ini berada pada jarak sama dengan mata pengguna.

Monitor ini juga datang dengan NVIDIA G-SYNC serta pembesar suara 7W DTS dan pilihan lampu sekitar (ambient lighting).

Ia juga mempunyai sudut pandang (viewing angle) 178 darjah serta menyokong julat seluruh jenis warna yang dapat dipaparkan komputer.

Reka bentuk bingkai penuh juga membolehkan beberapa monitor ini didirikan sekali gus.

Monitor ini juga mempunyai beberapa ciri untuk mengoptimumkan penggunaan permainan game termasuk penyesuaian warna 6-axis menerusi NVIDIA G-SYNC dan kadar segar semula (refresh rate) pada skrin.

INFO

Acer XR341CKA

- Harga: AS$1,299

- Paparan: 34” 21:9 UltraWide QHD 3440 x 1440@ 75Hz

- Panel: Teknologi In-plane Switching (IPS)

- Masa sambutan (response time): 4ms

- Kecerahan: 300 cd/m2

- Nisbah beza jelas (contrast ratio): 100,000,000:1

- Sudut penglihatan: 172∞, 178∞

- Paparan warna: 16.7 juta

- Condong (tilt): -5∞~ 35∞; HAS: 130mm

- Pembesar suara: 7W X 2

- Input/Output: HDMI 1.4, DisplayPort, USB Hub 3.0

- Dimensi: 825x456~586x309 mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 11:44 AM