Selaras dengan pengumuman penurunan harga Internet jalur lebar baru-baru ini, Celcom Axiata Berhad (Celcom) melancarkan pakej asas pelan First mereka, Basic 38 dengan bayaran bulanan serendah RM38.

Pelan Celcom First Basic 38 merangkumi data Internet dengan kuota 3GB, 50 minit panggilan dan 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut menawarkan penggunaan WiFi Celcom sebanyak 3GB.

Lebih menarik, pelan First Basic 38 ini membolehkan mana-mana data yang tidak digunakan dibawa ke bulan berikutnya.

Jika anda habis menggunakan kuota Internet, SMS dan panggilan yang diberi, anda tetap boleh menggunakannya dengan caj tambahan setiap pengguna 15 sen seminit untuk panggilan dan 15 sen untuk setiap SMS.

Data pula boleh ditambah dengan kadar serendah RM3 untuk 100MB, RM15 untuk 1GB atau RM50 bagi 5GB.

Sementara itu, Maxis Berhad (Maxis) pula me­ngumumkan penurunan harga untuk pelan tablet Hotlink sebanyak 50 peratus daripada RM60 kepada RM30 saja dengan data percuma sebanyak 1GB yang sah untuk 365 hari melalui rangkaian 4G-LTE Maxis.

Pelan baru ini juga mempunyai kadar penambahan data yang lebih murah apabila pelanggan sedia ada dan yang baru membeli pek SIM permulaan hanya perlu membayar RM25 berbanding harga semasa, RM30 untuk tambahan data 1GB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 11:35 AM