Noor Din (kanan) didakwa dengan tuduhan merangsang melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak, sejak dua tahun lalu. FOTO Nor Azura Abdul Jalil
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 11 pertuduhan merangsang melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak, sejak dua tahun lalu.

Noor Din Chaw Fooi, 67, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak yang berusia antara lapan tahun hingga 14 tahun di sebuah rumah di Setapak Indah Jaya, Wangsa Maju dekat sini, antara 2013 hingga Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki barang-barang lucah termasuk VCD dan album yang mempunyai gambar bogel mangsa.

Hakim Zulqarnain Hassan kemudian tidak membenarkan bekas pekerja kilang itu diikat jamin dan menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan dan melantik peguam serta untuk fakta kes dan hukuman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 2:58 PM