Sudah berapa lama anda tidak menikmati saat gembira mengusik saudara atau kenalan dengan gurauan yang tidaklah terlalu melampau? Mungkin tiba masa berbuat demikian dengan aplikasi Scream Pic.

Aplikasi terbabit ‘mengenakan’ rakan anda dengan meminta mereka merakam gambar anda.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedar, selepas butang rakam ditekan ia akan memaparkan foto hantu dengan bunyi yang menakutkan.

Sudah pasti ia akan mengejutkan mereka yang sedang memegang telefon dan lebih menarik, kamera depan akan merakam muka ‘terkejut’ itu dengan video selama sembilan saat.

Pasti kelakar melihat kembali reaksi masing-masing dengan rakaman video terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 12:58 PM