FOTO ihsan bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Banting: Seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter ditemui dalam parit Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting, kira-kira 9.40 malam tadi.

Reptilia itu ditemui orang awam sebelum mereka menghubungi anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya merima panggilan kira-kira 9.40 malam dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurutnya, operasi membabitkan 10 anggota bomba itu mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menaikkan buaya terbabit.

"Buaya itu ditangkap menggunakan tali penjerut dan dinaikkan dengan kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan selamat.

"Buaya itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 9:15 AM