CHIHIRAAIKO menyambut tetamu di pasar raya di Tokyo, semalam.
AFP

Tokyo: Penyambut tetamu yang baru bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini semalam tidak pernah bosan menyambut setiap pelanggan yang datang ke premis berkenaan.

“Nama saya ChihiraAico. Anda apa khabar?” kata ‘wanita’ itu sambil tersenyum dan tunduk hormat kepada setiap pelanggan.

Bagaimanapun, penyambut tetamu di pusat beli-belah Mitsukoshi ini bukanlah manusia tetapi robot yang menyerupai manusia.

Robot yang memakai baju kimono ini juga boleh menyanyi dan akan mengukir senyuman manis setiap kali dihampiri pelanggan.

Berbeza dengan manusia, ChihiraAico tidak boleh membalas setiap pertanyaan pelanggan dan hanya mengucapkan semula dialog yang dirakam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 7:21 AM