Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Raut wajahnya yang matang sama sekali tidak menampakkan gadis jelita bertubuh tinggi lampai ini baru berusia 19 tahun. Namun itulah realiti sebenarnya bagi Mimi Roziana Zainal Abidin atau mesra dengan sapaan Mimi. Tempoh dua tahun yang dilaluinya masih terlalu mentah.

Bermula sebagai pelakon tambahan pada usia 17 tahun menerusi drama Aku untuk slot Aksi di TV3, siapa sangka kini Mimi sudah mampu bergelar heroin drama. Dia dipilih membintangi drama Papa Chef untuk RTM.

Diarahkan Amor Rizan, lebih menarik lagi drama itu menggandingkan Mimi bersama pelakon berpengalaman tanah air, Faizal Hussein sebagai heronya. Ia diakui satu cabaran besar baginya.

Bertemu Mimi pada sesi fotografi baru-baru ini dia bukan saja seorang yang tenang, tetapi mesra berbicara. Meskipun, masih remaja namun kematangan Mimi cukup terserlah.

Ditambah dia juga tampak lebih anggun selepas disolek dan didandan jurumekap terkenal, Zulfazli Suhadi. Bahkan, beraksi di hadapan kamera pun Mimi tidak kekok.

Ujar Mimi yang juga anak kedua daripada tiga beradik, dia sebenarnya lebih dulu ligat di pentas peragaan seawal usia 15 tahun. Katanya, perkara itu berlaku secara kebetulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:01 AM