GIBRAN dan Selvi.

Jakarta: Persoalan mengenai agama asal calon menantu Presiden Joko Widodo (Jokowi) kini tersebar.

Ramai mendakwa Selvi Ananda Putri, bakal isteri anak sulung Jokowi Gibran Rakabuming Raka itu hanya memeluk Islam baru-baru ini.

Bagaimanapun, pegawai daerah Semanggi. tempat tinggal keluarga Selvi, Andi Kristanto enggan mengulas perkara berkenaan.

Ketika ditemui wartawan, Andi mengaku keluarga gadis itu ada datang ke pejabatnya untuk meminta surat pengesahan tetapi bukan berkait dengan agama.

Dalam pada itu, ketua bahagian urusan agama Banjarsari di Solo, Muchtaroji mengesahkan Selvi sudah beragama Islam tetapi dia tidak pasti sama ada gadis itu sebelum ini beragama lain.

Menurutnya, dia melihat sendiri dokumen pernikahan Selvi dan Gibran yang diserahkan ke pejabatnya baru-barui ini.

“Dalam kad pengenalannya, Selvi beragama Islam. Saya tidak tahu pula dia memeluk Islam. Jika ingin tahu mengenai agama asalnya, mungkin perlu rujuk kepada Kementerian Agama,” kata Muchtaroji. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 7:50 AM