BEG berjenama tiruan yang dirampas bernilai RM108,400.
Oleh Nabihah Kamal
am@hmetro.com

Kuala Lumpur: Tawaran jualan murah tanpa dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Itu antara taktik promosi digunakan sindiket yang dikesan menipu orang ramai dengan menjual beg tangan tiruan.

Sindiket itu yang membuka beberapa premis di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew di sini, dikesan menawarkan beg tangan tiruan kononnya diimport khas dari Itali pada harga ribuan ringgit.

Susulan maklumat penipuan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur bertindak melakukan penyamaran sebagai pelanggan.

Tindakan itu menyebabkan beberapa pekerja kedai menjual beg tiruan jenama terkenal itu tergamam sejurus ditahan untuk disoal siasat jam 5.30 petang kelmarin.

Difahamkan usaha penyamaran terpaksa dilakukan berikutan pusat beli-belah itu dikawal ketat oleh beberapa tonto upahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 5:57 AM