ADEGAN peperangan di penghujung cerita dihasilkan dengan cukup hebat buatkan The Avengers: Age Of Ultron mengagumkan.
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my


Sejak mula ditayangkan pada 4 Mei 2012, filem The Avengers mencatat kutipan kasar kira-kira RM5.4 bilion di seluruh dunia.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai filem ketiga paling laris serta filem terbitan Marvel Studios pertama mencatat kutip melebihi $AS1 bilion (RM3.6 bilion).

Sekuelnya, The Avengers: Age Of Ultron yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai Khamis ini adalah antara filem dinanti-nantikan tahun ini terutama dalam kalangan peminat filem ‘superhero’.

Kejayaan The Avengers membuatkan penerbit sekali lagi memberi kepercayaan kepada Joss Whedon untuk duduk di kerusi pengarah.

Selain mengekalkan watak ‘superhero’ seperti Iron Man/Tony Stark (lakonan Robert Downey Jr), Captain America/Steve Rogers (Chris Evans), The Hulk/Bruce Banner (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Black Widow/Natasha Romanoff (Scarlett Johansson), Hawkeye/Clint Barton (Jeremy Renner) dan Loki (Tom Hiddleston), ia turut memperkenalkan anggota baru The Avengers iaitu Quicksilver/Pietro Maximoff (Aaron Taylor-Johnson), Scarlet Witch/Wanda Maximoff (Elizabeth Olsen) dan J.A.R.V.I.S/Vision (Paul Bettany).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 5:32 AM