AZA menceritakan penderaan yang dialaminya bersama adik dua tahun lalu.
Oleh Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

Ampang: “Pantang ada silap sikit, dia (ibu tiri) mesti mengamuk. Kalau kami tak buat kerja rumah dia mesti marah, tampar, sepak dan cekik leher kami,” demikian kata seorang penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah dikenali sebagai Aza, 13, yang menjadi mangsa dera ibu tirinya dua tahun lalu.

Menceritakan lanjut kisah penderitaannya bersama adiknya Azi, 11, Aza berkata, mereka didera ibu tiri yang mengahwini bapa mereka selepas ibu meninggal dunia pada 2009.

“Setiap hari balik dari sekolah, kami dipaksa buat kerja rumah seperti mengemas, memasak, mencuci pinggan mangkuk dan mengurus adik tiri hingga ke petang.

“Kalau kami penat dan tak buat apa yang disuruh dia akan mengamuk dan memukul kami dengan batang penyapu.

“Badan kami selalu saja lebam-lebam. Nasib kami baik apabila suatu hari ketika dipukul, seorang jiran yang mendengar jeritan kami memanggil saudara terdekat dan menyelamatkan kami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:27 AM