PESAWAT Boeing ANA dihias seperti R2-D2. FOTO AFP/All Nippon Airways
PESAWAT Boeing ANA dihias seperti R2-D2. FOTO AFP/All Nippon Airways
PESAWAT Boeing ANA dihias seperti R2-D2. FOTO AFP/All Nippon Airways

Tokyo: Peminat filem Star Wars yang tidak sabar menonton siaran ketujuh dalam siri terkenal itu terpaksa berpuas hati dengan pesawat yang kelihatan seperti robot terkenal, R2-D2 terlebih dahulu selain trailer baru yang diperkenalkan, hari ini.

Syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) memperkenalkan pesawat Boeing 787 Dreamliner yang dicat seperti robot terkenal daripada siri filem itu, R2-D2.

Bahagian depan badan pesawat itu kelihatan sama seperti robot kecil yang dilakonkan dalam setiap siri bersama rakannya, C-3PO.

Sementara itu, tulisan ‘Star Wars’ dipaparkan di bahagian belakang badan pesawat.

ANA berkata, pesawat ini akan digunakan bagi penerbangan antarabangsa pada musim luruh ini.

Selain pesawat ini, peminat Star Wars juga dapat menonton trailer terbaru Star Was: The Force Awakens yang turut mendapat perhatian ramai di Internet dan laman sosial.

Selain pertempuran antara pesawat X-Wing dan Tie Fighters, trailer itu juga memaparkan seorang lagi watak terkenal yang dinanti-nantikan iaitu juruterbang upahan, Han Solo dan rakannya Chewbacca bersama pesawat mereka, Millennium Falcon.

Trailer itu berakhir dengan kata-kata watak Han Solo yang dilakonkan oleh Harrison Ford: “Chewie, kami sudah sampai.”

Filem Star Wars: The Force Awakens akan ditayangkan pada Disember ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 5:17 PM