KARYA Circle of Life.
KARYA Interaction (Lily).
KARYA Interaction (Flora).
Dany turut mengajar melukis kepada kalangan remaja.
Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my


Tidak memiliki sijil dalam bidang seni bukan penghalang buat George Daniel atau Dany merealisasikan impiannya dalam bidang seni lukis.

Artis dari Taiping, Perak ini menunjukkan bakat dan kesungguhannya itu menerusi pameran solo pertamanya di lobi utama News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar, Kuala Lumpur.

Dany artis tempatan yang tidak diragui kerana ilmu dan bakat seninya membuka mata dan minda masyarakat mengenai aktiviti, subjek dan masa lalu.

Pameran ‘Interaction’, memperlihatkan Dany bermain gabungan warna dan strok sehingga jelas kelihatan. Penguasaan terhadap warna alam, kabur, berbayang hing­ga melahirkan motif tertentu yang mengangkat tafsiran unik.

Pemilihan warna biru dan hijau sebati dengan keharmonian alam semula jadi selain menyampaikan maksud elemen abstrak serta menampilkan gaya lukisannya.

Tidak terbatas pada satu medium, selain akrilik Dany turut menggunakan cat minyak dan arang.

Malah, karya seninya turut menjangkau melukis di atas batu dengan gambaran haiwan, serangga dan pemandangan yang mempesonakan.

Sentuhan karya seni artis ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM35.

INFO

INTERACTION

- Artis: George Daniel @ Dany

- Jumlah karya: Lukisan (49), kayu (3), batu (10), botol (18)

- Lokasi: Lobi Utama, The New Straits Time Press (M) Berhad, 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 28 April 2015

- Masa: 10 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 016-316 3800

- Web: www.danymodernart.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 2:55 PM