ANTARA peralatan dan dadah yang dirampas. FOTO Muhammad Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi suami isteri dibongkar polis narkotik Pulau Pinang, pagi tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam serbuan di dua lokasi berasingan itu polis merampas dadah bernilai RM2.6 juta.

"Serbuan pertama dilakukan di rumah di Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah, dekat sini dan kita dapati rumah terbabit dijadikan sebagai makmal memproses dadah.

"Susulan daripada itu kita turut membuat serbuan di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan 3 pagi tadi dan turut merampas dadah," katanya.

Menurutnya, polis turut merampas sepucuk pistol angin dan menahan suami isteri berkenaan serta lelaki yang masing-masing berusia 47 hingga 50 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 2:04 PM