ACER LIQUID Z410
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my


Acer memperkenalkan telefon pintar terbaru, Liquid Z410 yang mempunyai dua pembesar suara DTS Studio di bahagian depan bersama kuasa pemprosesan Mediatek MT6732 64 bit quad core berkelajuan 1.3GHz.

Selain itu, Liquid Z410 dilengkapkan dengan dua slot kad SIM yang boleh digunakan aktif sepanjang masa manakala kamera belakang merakam foto beresolusi 5MP dengan fokus automatik serta flash LED.

Kamera depannya mempunyai resolusi 2MP bersudut lebar 80 darjah, tetapi Acer menambah butang AcerRAPID di belakang telefon yang memudahkan rakaman gambar selfie manakala tiga mod antaramuka yang sesuai untuk lingkungan umur berbeza disediakan termasuk mod standard, easy dan basic.

INFO

ACER LIQUID Z410

- Harga: RM459

- CPU: Mediatek MT6732 64 bit quad core 1.3GHz

- Skrin: 4.5 inci IPS qHD

- RAM: 1GB

- Memori: 8GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 8MP (belakang), 2MP (depan)

- Bateri: 2000mAh

- Dimensi: 136 x 66.7 x 9.9mm

- Berat: 145g

- OS: Android 4.4 KitKat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 12:08 PM