Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Sebanyak 18 daripada 23 kementerian dan agensi kerajaan mencatatkan 100 peratus pencapaian bagi 129 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bumiputera pada tahun lalu yang ditetapkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak empat kementerian lain mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus KPI yang ditetapkan manakala, satu lagi kementerian tidak mencapai sasaran.

"Untuk tahun ini, MEB memperakukan 99 KPI Bumiputera untuk semua kementerian dan agensi kerajaan bagi tahun 2015.

"Bilangan KPI tahun ini lebih rendah daripada tahun sebelumnya kerana kita ingin melihat semua kementerian melaksanakan KPI berimpak tinggi, bersifat berasaskan hasil dan mempunyai sasaran lebih tinggi," katanya.

Najib berkata demikian ketika mengumumkan Pencapaian Positif KPI Bumiputera 2014 selepas mempengerusikan Mesyuarat MEB di sini, hari ini.

Pada masa sama, turut berlangsung Pelantikan 'Majlis Penasihat Industri' Untuk Mempertingkatkan Kapasiti dan Keupayaan Usahawan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 6:27 PM