KEADAAN kereta dipandu Muhamad Aliff yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Tampin-Seremban, kelmarin.
Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my

Tampin: Seorang imam muda yang dalam perjalanan untuk menjemput ibunya di rumah saudara mereka di Taman Gunung Mas, di sini, terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam di Kilometer 2, Jalan Tampin-Seremban, berhampiran Hentian Sebelah Tampin, di sini, dan ketika itu, mangsa Muhammad Aliff Nur Mohd Husin, 22, memandu kereta Proton Iswara.

Sepupu mangsa, Mohd Hasan Basri, 19, berkata, arwah dalam perjalanan dari Rahang, Seremban menuju ke Taman Gunung Mas bagi menjemput ibunya, Hajrah Abdul Rahman, 46, yang berada di rumah saudara mereka.

“Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga kerap mengunjungi rumah saudara di Tampin.

“Arwah datang untuk bawa ibunya pulang malam tadi (kelmarin) kerana esok (semalam) dia bertugas sebagai imam di Masjid Jamek, Rahang, Seremban.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:24 AM