Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Saya memandu Proton Waja 1.6 liter transmisi manual. Kebelakangan ini, enjin saya bunyi seperti ada benda yang longgar. Adakah masalah itu akan menjadi lebih teruk jika saya membiarkan ia berlarutan?

ZEDVESS, Kuala Lumpur

Kemungkinan apa anda maksudkan adalah bunyi bising daripada enjin seperti injap yang longgar.

Lazimnya jika bunyi itu tidak begitu kuat, mungkin ada kelegaan berlebihan dalam pelarasan injap berkenaan.

Jika bunyi tidak begitu kuat dan prestasi enjin masih baik, mungkin belum ada keperluan untuk memperbaikinya.

Namun, itu adalah petanda awal bahawa enjin perlu pemeriksaan dan pelarasan semula kelegaan injap yang dipanggil baik pulih kepala silinder atau top ‘overhaul’.

Injap tidak tertutup rapat akan memberi kesan mampatan enjin dan juga pemasaan gas keluar masuk ke kebuk pembakaran.

Ia akan memberi kesan negatif terhadap kecekapan enjin dan menyebabkan kehilangan kuasa. Pada tahap yang teruk, enjin akan semakin sukar dihidupkan, terutama ketika sejuk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:04 AM