MANGSA yang terbaring di kawasan letak kereta di tempat kerjanya. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Fadly Samsudin
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lebih seratus burung murai batu, dua bayan puling dan seekor kijang bernilai lebih RM100,000 dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam Op Akar, di Bentong, Khamis lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 40-an dipercayai penyeludup terbesar burung murai batu ke Indonesia.

"Ketika tangkapan dilakukan, semua hidupan liar itu disimpan dalam lapan raga plastik dan satu guni di bahagian kenderaan suspek.

"Seekor burung murai batu yang itu dijual antara RM800 hingga RM1,000 di Indonesia," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh didenda maksimum RM300,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 12:40 PM