SOLAR milik SK Tanjung Labian yang musnah. FOTO Bernama

Lahad Datu: Pencawang solar milik SK Tanjung Labian, di sini, musnah dalam kebakaran, 10.40 pagi, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi pada 11.45 pagi, didapati pencawang solar sekolah itu hampir musnah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Affendy berkata, kebakaran dikawal pada 12.10 tengah hari dan punca kebakaran sedang disiasat. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 10:01 PM