MANGSA maut selepas kenderaan terbabas sebelum terjunam ke dalam parit. FOTO Junaidi Ladjana
MANGSA maut selepas kenderaan terbabas sebelum terjunam ke dalam parit. FOTO Junaidi Ladjana
Oleh Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Sabah Port, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa Caddy Amin, 27, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Manakala rakannya yang belum dikenal pasti identitinya dikejar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Azhar Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hopsital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 10:56 PM