ANTARA kenderaan yang dihempap pokok tumbang. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kenderaan yang dihempap pokok tumbang. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kenderaan yang dihempap pokok tumbang. FOTO ihsan Bomba
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Lapan belas kereta dan sebuah lori rosak teruk dihempap pokok tumbang di Taman Sri Sentosa, di sini, 3.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.43 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati tiga pokok yang tumbang menghempap 18 kereta dan sebuah lori namun tiada mangsa yang terbabit.

“€œSelain itu, kita turut menerima kejadian pokok tumbang di Batu 6 1/2 Jalan Puchong berhampiran susur masuk ke Taman Angkasa menyebabkan sebuah kereta turut rosak dihempap pokok kira-kira jam 3.30 petang.

"€œKejadian pokok tumbang dan menghalang lalu lintas turut berlaku di Bukit Jalil namun tiada mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 8:25 PM