Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membentangkan bacaan kali kedua Akta Pencegahan Keganasan(POTA) di Parlimen, Isnin ini.

Menurunya, beliau berharap akan mendapat sokongan semua ahli Parlimen kerana membabitkan ancaman keselamatan negara dan bukannya berkaitan kepentingan politik.

Beliau berkata, POTA tidak akan digunakan terhadap mana-mana parti politik atau ahlinya sebaliknya membabitkan individu yang disyaki terbabit dalam keganasan.

Beliau berkata, ancaman keganasan boleh datang daripada mana-mana pihak dan latar belakang manakala sasarannya pula boleh menimpa sesiapa saja.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan perbualannya dengan ahli Parlimen daripada pembangkangmereka turut memberi maklum balas positif berkaitan POTA.

Oleh itu, beliau berharap akta ini diluluskan bagi memastikan ancaman keganasan yang mungkin melanda Malaysia dapat dibanteras.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 3:38 PM